Israel perhebatkan serangan


KEPULAN asap menyelubungi ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut semalam selepas terkena bedilan. – Reuters.

BEIRUT 14 Julai – Tentera Israel membedil jalan raya, stesen telefon mudah alih dan tangki-tangki bahan bakar di Lebanon hari ini dalam serangan yang meningkatkan lagi kemusnahan ekonomi negara jirannya itu sebagai membalas tindakan pejuang Hizbullah menawan dua askar Israel.

Jet pejuang Israel juga mengebom pangkalan kumpulan pejuang Palestin yang pro- Syria di timur Lebanon.

Kepulan asap tebal kelihatan dari sebuah depot bahan bakar yang terbakar di loji kuasa Jiyyeh, selatan Beirut dan tangki- tangki bahan bakar di lapangan terbang antarabangsa itu.

Buat pertama kali sejak Israel melancarkan serangan ke atas Lebanon, sebuah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut turut menjadi sasaran.

Kapal tentera laut Israel turut membedil jalan pantai dekat Jiyyeh manakala serangan udara mengenai beberapa stesen pemancar telefon mudah alih di timur Lebanon.

Jet-jet Israel mengebom lebuh raya utama dari Beirut ke Damsyik di Syria, sekali gus memperketatkan sekatan udara, laut dan darat terhadap negara ini.

Empat orang awam terbunuh dan 63 lagi cedera apabila pesawat perang Israel membedil kubu kuat Hizbullah di kawasan Syiah di selatan Beirut.

Dengan kematian mereka, sejumlah 61 orang yang hampir kesemuanya penduduk awam telah menjadi mangsa serangan Israel di Lebanon sejak rejim Yahudi bertindak balas terhadap penawanan dua askarnya kelmarin.

Hizbullah yang mahu menukar dua askar itu dengan tahanan di Israel telah melancarkan serangan roket bertalu-talu ke seberang sempadan dalam bedilan paling hebat sejak tentera Israel berundur dari Lebanon pada 2000.

Hizbullah telah melancarkan lebih 150 roket Katyusha ke Israel dalam tempoh 48 jam lalu, menyebabkan dua orang awam terbunuh dan 40 lagi cedera.

Israel menganggap Lebanon bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk Hizbullah, sebuah pertubuhan berhaluan Islam Syiah yang mempunyai anggota di Parlimen Lebanon dan dalam Kabinet.

Kerajaan Lebanon di Beirut menggesa Majlis Keselamatan mendesak Israel menghentikan serangannya apabila badan dunia itu bersidang lewat hari ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan ketua-ketua agensi keselamatannya mengambil keputusan malam tadi untuk memperhebatkan serangan.

“Keputusan diambil untuk meningkatkan operasi Israel di Lebanon,” lapor Radio Tentera Israel dengan memetik kenyataan sumber keselamatan.

Rakyat Lebanon berbaris untuk membeli petrol manakala keluarga yang panik menyimpan stok makanan dan minuman ekoran maraknya konfrontasi Israel-Hizbullah itu.

Pasaran kewangan di Lebanon dan Israel turut terjejas.

Aku masih lagi mengkaji tapi tak de masa yang sesuai berkenaan politik asia barat.

Ku mengaji, ku mengkaji ,ku merumus apakah nasib kita selepas ini…..
ku bentangkan makmal kajian ini adalah untuk generasiku yang sudah melupai sejarah dan kaburi oleh golongan tertentu.Semoga eksperimen ini akan terhasil dalam pembinaan bangsaku yang bertamadun dan umat Islam yang mempunyai kekuatan.

Kalau ada sesiapa ingin membantuku dialu-aluan untuk dikongsikan bersama dalam menjayakan kajian ini….

Fokus Kajian Politik Di Timur Tengah/Asia Barat

Meliputi negara : Syiria,Lubnan,Jordan,Iran,Iraq (sebelum kejatuhan Saddam Hussin),Turki,Mesir (Egypt),Kuwait,Arab Saudi,Sudan,Palestin,Israel..

Skop : mengenali kabilah-kabilah (suku kaum) di negara tersebut.Sistem pemerintahan negara.Parti Politik dan Antrophology

-Kajian adalah secara umum.
———————————-
Rangka Kajian Politik Mesir.

MESIR
-British memasuki Mesir pada tahun 1882 tetapi di isytiharkan separuh merdeka pada 1922 dan menjadi sistem beraja.

-1952: Sistem beraja telah runtuh dan mesir menjadi Republik.

-Penubuhan Israel: 1948 memaksa Mesir masuk berperang secara serius pada tahun 1948 dan 1949 ,1956,1967 dan 1973.

-Sejak akhr tahun 1970an Mesir telah mencari pendamaian.

-1979 : Mesir telah memeterai perjanjian damai dengan Israel dan menuntut semenanjung Sinai yang telah dirampas oleh Israel.Peperangan sejak 1967.

-1981: Presiden Anwar Sadat telah memeterai perjanjian damai itu telah di bunuh.

-1982 : Mubarak naik sebagai Presiden Mesir.

-Sementara itu, Mesir menjadi negara yang penting dari dalam urusan hal ehwal luar negara-negara asing.

-Sesetengah kumpulah yang berada dalam negara Mesir tidak suka kepada pengaruh barat,cara hidup mereka dan citarasa mereka-menyebabkan mereka menjadi pelampau Islam dan ingin menghapuskan pengaruh-pengaruh barat.

-1990an: Serangan keatas pelancong asing telah menyebabkan hasil industri pelancongan menurun.

-1997: Seramai 62 orang kebanyakan pelancong asing telah dibunuh oleh pelampau Islam di Luxor.

-Mesir  adalah negara afrika yang kedua terbesar dalam industri selepas Afrika,tetapi pembangunan negara Mesir dan peningkatan pendapatan adalah di tahap rendah.

-Hasil utama adalah minyak dan tekstil.

Antara parti politik Mesir:

1-Hizbu Al-Wafd- Meninggikan syiar Islam dan mahukan rakyat yang berfikiran bebas.(Reformasi).

2-Hizbu Al-Umaal -Parti Buruh.(Lebih kurang macam di UK)

3-Hizbu Al-Wadhoti -Kebanyakan terdiri daripada beragama Kristian

4. Hizbu Ad-Demokratik – Demokrasi -memodenkan negara Mesir dari segi sektor awam dan swasta dsb.(Kerajaan Sekarang-Husni Mubarak)

5. Hizbu Ikhwan Muslimin- Menubuhkan negara Islam

-Pilihanraya dijalankan 4 tahun sekali .-2004 telah bermula dari bulan 3 secara peringkat-peringkat mengikut Muhafazah (negeri).
-Muhafazah(Negeri) di Mesir terbahagi kepada 23 negeri.
-Mahafiz (Gabenor) status sama dengan Menteri Besar di Malaysia.
-Majlis As-Syabi-Dewan Undangan Negeri (DUN)
-Majlis As-Syuyukh-Parlimen

1993-Hubungan dua hala antara Mesir dan Malaysia dalam memajukan Mesir dari segi kayu-kayan,sektor ekonomi,minyak sawit dan Perindustrian.

1997-Kamali Ganzuri-Perdana Menteri Mesir berfikiran pandangan ke Timur setelah berhubungan dengan Malaysia.
-Kamal Ganzuri merancang pembangunan pada masa itu mengikut acuan Msia dan dasar pandang ke Timur dengan pembinaan perindustrian dan pembangunan infranstuktur  s
-Mohammad Husni Mubarak memecatkan Kamai Ganzuri dari jawatan Perdana Mesir kerana tidak sependapat dengan fikrah Mubarak yang berfikiran sekular Amerika dan melantik Atief Abid (fikrah Mubarak) untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Mesir selepas tahun 1997-hingga sekarang.

-Pada pemerhatian saya,setelah 1997 sekembalinya dari Malaysia semasa Kamali Ganzuri jadi PM negara Mesir maju dengan kemudahan awam seperti keretapi bawah tanah,telefon awam dsb.
-Negara Mesir di kenali sebagai Republik Arab Mesir.Sebuah negara republik-Presiden -adalah kuasa veto.
-Perdana Menteri di kenali Rais Wuzara (Ketua Kepada Menteri-Menteri).

-Antara Presiden Mesir :
1-Mohd.Nagib
2-Jamal Abdul Naseer
3-Anwar Sadat
4-Mohammad Husni Mubarak-Presiden Sekarang.

———————————-

Perjanjian Camp David 1979.
-Camp David adalah sebuah tempat pelancongan terletak di Texas di Amerika Syarikat.
-Negara yang menyertai  ialah Mesir(Anwar Sadat), Israel dan Amerika Syarikat (Org.tengah-Chimi Catter)
-Perjanjian Damai untuk penubuhan negara Palestin dan rakyat Palestin dapat menikmati 100% autonomi (Kerajaan Palestin sahaja).

6 Mei 1967-Negara Arab yang disertai oleh Syiria,Lubnan dan Mesir kalah di tangan Israel.

-Antara agenda utama perjanjian ini antaranya :
1-Menamatkan perang antara Israel dan Mesir.
2-Israel hendaklah menghormati kedaulatan hak-hak negara Arab.
3-Arab (Mesir) hendaklah mengiktiraf Israel supaya termeterai perjanjian Camp David.

-Menurut sumber juga, Mesir tidak boleh mengeksport gandum dan kekabu ke luar negara kerana gandum di Mesir didapati bermutu tinggi.Amerika menyekat pengeksportan tersebut dan Amerika memberi bantuan tetap ekonomi dianggarkan 60 bilion dollar U.S setahun.

-Penduduk Mesir kira-kira 60 juta.

-1981-Anwar Sadat mengisytiharkan bahawa Mesir mengiktiraf  Negara Israel dan negara2 Arab sekitar memboikot Mesir dan mengatakan Anwar Sadat adalah tali barut Amerika.

-Perjanjian ini bermula dari tahun 1979 hingga 1997 selama 18 tahun.Perjanjian ini hanyalah setakat 1997.Selepas perjanjian tersebut bermakna Israel boleh menyerang Mesir bila-bila masa dengan bantuan Amerika.

-Pada pemerhatian saya juga, selepas dari perjanjian tersebut tamat Presiden Mesir Husni Mubarak selalu ke Amerika Syarikat berjumpa Bush -siaran langsung di tv Mesir.-

-Anwar Sadat di bunuh menurut sumber, oleh Ikhwan Muslimin (pimpinan Hasan Al-Banna) dan pihak tentera.

———————————

PERJANJIAN WARSAW (1993)-Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
-Perjanjian antara Presiden Palestin(Yaseer Arafat,Israel (Rabin) dan Amerika (Bill Clinton).
-Tujuannya :
1-Penubuhan negara Palestin
2-Palestin hendaklah mengiktiraf kewujudan Israel.
3-Penubuhan kuasa autonomi ke atas Palestin.
4-Penempatan Yahudi di tebing barat dan Semenanjung Gaza hendaklah ditinggalkan.

-Kesan Perjanjian Warsaw yang mana Presiden Palestin (Yaseer Arafat) telah iktiraf negara Israel dengan pengiktirafan tersebut kerajaan Israel telah memberi kuasa autonomi ke atas Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
-1948 : Penubuhan Negara Israel.

PLO (Pembebasan Rakyat Palestin)
-Ditubuhkan sekitar tahun 1948 oleh Yaseer Arafat bertujuan :
1)- Pembebasan dari Israel
2)- Sekular Amerika Syarikat.

-Selagi ada Yaseer Arafat maka PLO akan terus berjuang.

-mendapat bantuan dari Ikhwan Muslimin Mesir dengan penghantaran tentera.

-1967: Peperangan yang terbesar Yahudi dengan Arab.-Kira-kira 2000 orang penduduk Palestin ke negara Syiria.
-1967-Sebelum penjajahan British.
-Sekitar tahun 1960-an : Perang 3 serangkai yang terdiri daripada Israel,British dan Perancis.
-Mesir di pimpin oleh Jamal Abdul Naser.

-1987: Kebangkitan rakyat Palestin yang pertama(Intifadhah) dari jajahan Yahudi,rakyat Palestin menentang tanpa sejata hanyalah batu sahaja.Israel menjaga di sempadan negara-negara Arab.Dan 30/9/2000 adalah intifadhah kali kedua.

-1982 :Bermula perang selatan Lubnan(arab) dan Israel.

1982: Semenanjung Sinai dapat kepada Mesir semasa menentang Israel.
-Sinai,Bukit Golan(syria sempadan Palestin) dan Selatan Lubnan (Sidon,gizin,binti jubal).
-Selatan Lubnan terdiri daripada Israel dan Arab.

1967: Selepas perang dengan Israel di bukin Golan yang terdiri daripada rakyat palestin dan arab lubnan kira-kira seramai 36 ribu.

———————————–

PEPERANGAN SELATAN LUBNAN
-Selatan Lubnan-Tentera SLA (South Lubne Army-Majoriti kristian)
-Tentera Israel bersekutu -Israel menang
-Selepas 1982 kemenangan ke atas Israel maka timbul puak HIZBULLAH.

HIZBULLAH (LUBNAN)
-Bangkit selepas kemenangan Isreal dan sekutu ke atas SLA.
-Diketuai oleh Syed Hassan Nasrullah hingga sekarang.
-Adalah sebuah parti
-Majoriti adalah berfahaman Syiah Jaafariah
-Mendapat sokongan penuh dari kerajaan Lubnan dan rakyat.
-Mendapat sokongan padu dari Syiria (Hafiz Al-Asad) dan Iran (Komaini).
-Mendapat sokongan dari Ikhwanul Muslimin Mesir dengan menghantar pakar-pakar tentera dalam membantu mengatur strategi.
-Mendapat sokongan dari segi ekonomi,pensenjataan dan prasarana dari Iran dan Syiria.

-Tahun 1982,juga merupakan pembunuhan penduduk Palestin(khemah pelarian Palestin) di Syabra dan Syatila yang terletak di selatan Bairut,Lubnon.
-Menurut sumber PBB 11 ribu orang Palestin terkorban

-SLA dan Israel menentang Hizbullah-Hizbullah menang sehingga hari ini terus mendapat sokongan dari Kerajaan dan rakyat Lubnan.

Pada 20/5/2000: Tentera Israel dan Militan SLA berundur dari Selatan Lubnan, dengan pengunduran tentera-tentera tersebut-Hizbullah mencapai kemenangan gemilang kecuali di Nazarie Syuba` masih dalam gengaman Israel ke hari ini.

——————————————

Gerakan HAMAS
-Rangkaian  Ikhwan Muslimin Mesir oleh diasaskan oleh rakyat Palestin sendiri oleh Syeikh Ahmad Yasin.Rangkaian ini wujud ketika Hassan Al-Banna.
-Tujuan gerakan ini :
1) Gerakan ini adalah untuk mengusir penduduk Yahudi di tanah Palestin.
2) Mengembalikan hak-hak Palestin yang telah di rampas oleh Yahudi dari segi sosial,ekonomi,perhubungan,ketenteraan dan sebagainya.(Di Palestin sahaja)
3) Menubuhkan negara Palestin dan ibu negaranya Baitul Maqdis.
4) Amaliah Istishadiyah (Gerakan berani mati) adalah matlamat utama.-mati syahid.
-Izudddin Al-Qosam-Ulama` Hamas dan Ulama` Islam di Palestin yang telah meniup semangat anak-anak Palestin.

——————————————–

Osama Bin Laden
-Merupakan orang kaya yang berasal dari Saudi BIN LADEN.
-Semangat geram ke atas musuh Islam bermula dari kecil lagi kira dalam umur 10 tahun.Selalu menangis melihat orang Islam di bunuh dan di kejam di tanah arab.
-Al-Qaeda adalah nama tentera Osama yang terdiri dari orang arab dan mempunyai rangkaian-rangkaian di negara-negara lain.

1998-2 letupan terbesar ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Darus-Salam-(Tanzania.) dan Naimbi (kena rujuk semula).

Sebab letupan adalah kerana Osama mendakwa bahawa kedua-dua pusat kedutaan ini adalah pusat perisikan CIA di benua Afrika.

——————————————
PERANG AFGHANISTAN.

-Oleh rejim komunis Rusia -Mikhail Goherg Gornera. Sekitar 1970-an.
-Tujuan peperangan rejim komunis Rusia keatas Afghanistan :
1) mengambil hasil bumi negara Afghanistan
2) Memperluaskan pengaruh komunis Rusia.

-Afghanistan menang dengan bantuan dari Amerika.Rusia kalah.
1979-Berpecah puak muncul Gulbuddin,hackmatyen,pemimpin pejuang Afghanistan.
-3 puak terbesar ialah : Burhanuddin…………….rujuk semula.

TALIBAN
-asal perkataan pelajar Talib-merupakan tentera yang dipimpin oleh Al-Qaeda oleh Islam dan kabilah di Pakistan (Fhuston)

1996-Afghanistan di ambil alih  oleh Taliban bermatlamat mendirikan negara Islam kerana Kerajaan Sekular kerana mendapat bantuan dari Amerika.

9 Sept.2001 – Serangan di Pentago.Taliban lumpuh dengan kemasukan tentera Amerika dan puak Taliban lari ke selatan Afghanistan sempadan Pakistan (Jalabad-Afghanistan)

2002-Amerika menubuhkan kerajaan campuran Afghanistan yang dipimpin oleh Ahmad Al-Khaazem hingga sekarang berfikrah Amerika.

———————————- http://www.politicalresources.net/egypt.htm

http://www.palestina.info
———————————-

Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
-1939 British jajahi Palestin dan Jordan.

JORDAN.
-Tebing Barat meliputi Jordan dan Palestin
Amman-Pusat Pentadbiran British keadaan muka bumi sebelah Jordan bukit-bukau  dan sungai Jordan sebelah Barat.

-British masa pentadbiran -British pecahkan negara Palestin dan Jordan.

-1930an-Ayah Raja Hussain meminta kerajaan British untuk menubuhkan negara , British bagi dengan syarat sebelah tebing barat Palestin dijadikan sebagai pusat pentadbiran british sebelum ini adalah di AMMAN.
-Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin.-Jeruselam bahasa Inggeris. Bahasa Yahudi di kenali sebagai Urshalem.
-Kabilah Hasyimiah-kabilah terbesar dan berpengaruh di Jordan.-Ketua kabilah Hasyimiah adalah rapat dengan British.
-1921-British telah mewujudkan autonomi yang di panggil Trans Jordan. Di sebelah timur sungai Jordan -Penasihat British.
-1923- Trans Jordan menjadi kerajaan Jordan -kerajaan sendiri-tetapi British memegang kuasa terhadap pertahanan, kewangan dan urusan luar negara.
-Kerajaan autonomi  menjadi Kerajaan sepenuhnya sehingga 1946.

-1946-Jordan Merdeka
-Jordan mengalami kerosakan teruk semasa konflik Israel-Arab sejak penubuhan negara Israel 1948.
-Selepas perang pertama meletus 1948 antara Israel-Arab , Jordan dipecahkan kepada 2 iaitu :
1-Jordan sebelah timur-1946 Merdeka.
2-Jordan sebelah barat.-Palestin

-1967-Israel telah menakluki kawasan tebing barat (Palestin)
– 1970 dan 1971-Jordan telah menjadi tempat perlindungan Pelarian Palestin.
-1974-PLO ditubuhkan sebagai wadah perjuangan kepada bangsa Palestin.
-1988- Raja Hussein Jordan telah menyerahkan sepenuhnya tebing barat kepada PLO.
-1991- Penubuhan Parti-parti baru di Jordan.
-1993-Pilihanraya pertama di Jordan di adakan..

-Okt. 1994- Jordan dan Israel telah memeteraikan perjanjian damai menamatkan perang yang mana perang itu berlarutan sehingga melebihi 40 tahun.(Dari 1948-1994).

-1948-Perang Israel diantara negara Arab- Arab menang.British tidak masuk campur kecuali membekalkan senjata kepada Israel untuk menentang Arab.

-Raja Jordan (Raja Hussain) meneruskan peranan utama-Urusan politik di timur tengah pada tahun 1999.
-Menurut sumber IMF, Jordan dikelaskan sebagai pendapatan rendah dari segi pembangunan negara.Kira-kira 6% dari tanah Jordan menjadi ladang pertanian.

—————————-

SUDAN
-Ibu negara Khourtum.
-Kurun ke-19: Mesir telah kuasai Sudan.
-1881-Seorang guru agama di kenali sebagai Mahdi telah mengetuai memberontakan.
-British dan Mesir telah mematahkan pemberontakan tersebut pada tahun 1898.
-1899-Mesir dan Britsh telah bersetuju untuk memberikan kuasa sementara..
-Selepas merdeka pada 1952 puak kulit hitam Afrika di selatan Sudan-beragama Kristian dan mereka ini mengamalkan kepercayaan mereka.-menyerang dan memberontak dengan puak Islam di utara.Contoh : Mereka (Puak Selatan) membantah pengisytiharan kerajaan Arab yang mana kemajuan Arab ini hanya menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

-Pada tahun 1964: Perang saudara telah meletus dan berterusan sehingga tahun 1972.Sementara itu Sudan Selatan (Kristian) diberi kerajaan sendiri tetapi kekuatan ketenteraan ini masih berpusat di Khourtom.

-1983: Kerajaan Sudan telah menubuhkan undang-undang Islam(bentuk..???……… ) yang akan dilaksanakan di seluruh negara tersebut. (KAJIAN TERPENCIL DIPERLUKAN)
-Dalam masa yang sama tentera pembebasan rakyat Sudan (Selatan/Kristian) mengugut untuk menyerang  ke atas kerajaan Sudan.
-Peperangan in berterusan hingga tahun 1990.

-1998: Kerajaan Sudan telah mengumumkan persetujuan fikiran terhadap rujukan menyokong di kawasan selatan. (DIPERLUKAN KAJIAN DETAIL MENGENAI PERSETUJUAN TERSEBUT????)

-1998 : juga bermulalah masyarakat dunia memberi perhatian kemanusiaan di Selatan.

—————————–
YEMEN
-Politik dan ekonomi
-Selepas perang dunia pertama di Utara Yemen telah dikuasai oleh Turki dan mula untuk berpisah dengan Yaman Selatan.

-Yaman selatan : Dikuasai oleh British
-Yaman Utara :Dikuasai oleh Turki.

-1967 :British telah berundur dan meninggalkan sayap pemerintahan di selatan Yaman.
-Di utara Yaman keruntuhan sistem pemerintahan Monorki (Beraja).1962: menjadi negara republik.

-Pertempuran telah berlaku di antara tradisi republik arab Yaman. –
-Di utara yang dahulunya sebagai Republik Yaman berdasarkan ajaran falsafah politik pemerintahan KARMAX (MARXIS).
-Demokrasi rakyat yang berfahaman Marxis British Republik Yaman. Tetapi pada tahun 1990 Yaman utara dan selatan bersatu sebagai satu negara.
-1994-Pertelingkahan berlaku pada tahun 1994 ketika mana Yaman Selatan kalah dalam pertempuran dengan Yaman Utara.

-1998 dan 1999 : Militan tentera Islam (Abyan Aden) menyebabkan ketidakstabilan negara serta menculik pelancong dan melakukan pengeboman.
-IMF mengklasifikasikan Yaman sebagai pendapat rendah dari segi pembangunan negara.Tahap pekerjaan bidang pertanian meningkat sebanyak 63 % sahaja.

Posted on July 14, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: