Iran beri kata dua kepada Israel


TEHERAN 14 Julai – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran kepada Israel supaya jangan meluaskan serangannya ke negara jiran Lebanon, Syria kerana langkah sedemikian akan dianggap sebagai serangan terhadap seluruh dunia Islam.

Israel memperhebatkan serangannya terhadap Lebanon dengan membedil jambatan, lapangan terbang dan lebuh raya utama menuju ke Syria untuk menekan kerajaan di Beirut dan memaksa pejuang Hizbullah membebaskan dua askar Israel yang ditawan kelmarin.

Syria dan Iran merupakan penyokong utama pergerakan Hizbullah Syiah di Lebanon.

“Jika rejim yang menduduki Baitulmaqdis menyerang Syria, serangan ini boleh dianggap sebagai serangan terhadap seluruh dunia Islam dan rejim Israel akan menghadapi tindak balas yang menghancurkannya,” kata Mahmoud menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Presiden Syria, Bashar Assad untuk memberi jaminan tentang sokongan Teheran kepada Syria, lapor agensi itu.

Pemimpin Iran itu menyeru semua negara Islam menyatukan barisan menentang Israel.

– AP

Posted on July 14, 2006, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: