Harga petrol dijamin tidak naik


BANGKOK 14 Julai – Kerajaan tetap berpegang pada janji untuk tidak menaikkan harga bahan api termasuk petrol tahun ini meskipun harga minyak mentah di pasaran dunia telah mencecah AS$78 setong semalam.

Sambil memberi jaminan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, rakyat juga perlu memahami bahawa kerajaan ‘tidak sengaja’ menaikkan harga, sebaliknya ia dipengaruhi oleh pasaran dunia.

‘‘Kita patuh pada janji yang sudah dibuat kepada rakyat Malaysia bahawa harga minyak tidak akan naik sepanjang tahun ini. Meskipun harga itu sudah naik dua dolar sampai AS$78 dolar setong, kita akan akur pada janji kita,” kata beliau selepas Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand Ke-46 di sini hari ini.

Harga minyak di pasaran dunia telah mencecah AS$78 setong semalam – rekod peningkatan ekoran serangan Israel ke atas Lebanon dalam siri ketenteraan terbaru di Asia Barat.

Bagaimanapun harga itu menurun sedikit hari ini ke paras AS$77 setong.

Kenaikan mendadak itu merupakan kali kedua selepas kerajaan menaikkan harga runcit bahan api termasuk petrol pada 28 Februari lalu.

Ketika kenaikan harga pasaran minyak lebih sebulan lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit semasa bahan api sebagai langkah memenuhi janji yang telah dibuat ketika menaikkan harga awal tahun ini.

Semasa mengumumkan kenaikan harga minyak 30 sen seliter membabitkan petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Februari lalu, kerajaan memberi jaminan bahawa tidak akan menaikkan harga sehingga akhir tahun ini walaupun harga di pasaran dunia berubah.

Mengulas lanjut, Najib berharap rakyat akan memahami bahawa kenaikan harga bahan api bukan kerana tindakan kerajaan.

‘‘Fahamilah bahawa harga naik bukanlah kerana tindakan kerajaan, yang kita sudah kata selama ini. Ini disebabkan harga pasaran.

‘‘Jadi janganlah guna isu ini menyalahkan kerajaan. Kerajaan akan terus buat sedaya upaya untuk melindungi kepentingan rakyat,” katanya.

– Utusan

Posted on July 14, 2006, in Catatan Pedagang Online. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: