Lebih banyak juruaudit syariah diperlukan


KUALA LUMPUR 10 Julai – Terdapat keperluan yang meningkat untuk mempunyai lebih banyak juruaudit Syariah di dalam sistem kewangan Islam kerana negara ini sedang bergerak ke arah matlamatnya untuk dikenali sebagai pusat kewangan Islam.

Ab Manan Mansor, seorang daripada ahli panel Seminar Pertama Audit Syariah Malaysia 2006 di sini, berkata, kini tidak terdapat pengauditan yang mematuhi Syariah dilakukan di sebarang insitusi kewangan.

“Perniagaan-perniagaan yang berasaskan Syariah di negara ini sedang berkembang sebagai syarikat-syarikat yang mahu mengamankan para pelabur dan para pelanggan Islam yang prihatin.

“Bagaimanapun, terdapat kekurangan kepakaran bagi menangani perkara ini,” kata beliau selepas membentangkan kertas kerjanya mengenai “Mencari Juruaudit Syariah yang Tepat” di sini hari ini.

Abd Manan, yang juga seorang anggota Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, berkata dengan lebih banyak perniagaan berasaskan Syariah, terdapat keperluan bagi pengauditan mematuhi Syariah bagi memastikan semua produk dan perkhidmatan adalah mematuhi Syariah.

Setakat 28 Oktober 2005, sebanyak 857 kaunter daripada 1,011 kaunter di Bursa Malaysia adalah mematuhi Syariah dan bilangan itu dijangka berkembang.

“Kaunter-kaunter itu menggunakan beberapa orang sarjana Islam dan jawatankuasa-jawatankuasa ahli akademik sebagai pengesahan Syariah mereka kerana syarikat-syarikat disenarai sebagai mematuhi Syariah boleh meningkatkan agihan-agihan pasaran mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat jawatankuasa Syariah bebas atau persatuan juruaudit Syariah yang boleh bertindak sebagai pusat rujukan dan mengumpul maklumat mengenai piawaian-piawaian pengauditan Syariah.

– Bernama

Posted on July 10, 2006, in Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: