Belajar Bahasa Arab


Ramai yang tertanya-tanya, “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?”

Berikut dinyatakan antara golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.

Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam. Ini kerana pedoman uta ma umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul.” Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.

Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih belum memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.

Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan. Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

Daripada 23 buah negara tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang kaya-raya dengan sumber alam dan menawarkan banyak projek mega. Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia berjaya mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.

Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Ini memang tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan dapat menarik minat mereka.

Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih belum dapat menembusi pasaran negara Arab secara maksimum? Mengapa nilai dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannnya. Semua 23 buah negara Arab tersebut (kecuali Lubnan) menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh menarik minat pelanggan berbangsa Arab.

belajarbahasaarabIni kerana walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan hati mereka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.

Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain. Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja.

Ketahuilah sekarang ni..Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Makasudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .

Posted on June 4, 2006, in Catatan Pedagang Online, Idea Central. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: