Apakah Botox ?


Botox ini bersifat non-surgical. Dari konteks kecantikan, kajian 15 tahun lepas mendapati otot-otot yang berkedut disebabkan overactive muscle boleh dirawat seperti di dahi dan tepi mata, boleh tegangkan kulit di bahagian dagu, leher. Bagi orang yang berpeluh berlebihan botox boleh membantu mengawal peluhnya. Evolusinya untuk sampai ke tahap sekarang panjang. Di Malaysia, kita ketinggalan 10 atau 20 tahun dari negara Barat, Jepun dan Korea. Di Korea sudah ditubuhkan satu institut untuk mengkaji penggunaan botox dari segi kecantikan. Lima tahun lepas, ramai yang tahu boleh gunakan botox disebabkan capaian kepada produk, informasi, YV satelit dan internet misalnya.

Boleh Doktor terangkan proses botox dan kesannya?

Masalah di Malaysia, penggunaan botox banyak ditawarkan oleh salun kecantikan dan kita harus akui di Malaysia, banyak ‘rule and regulation’ tetapi implantasi tiada.

Sepatutnya, segala jenis bahan yang didaftarkan sebagai ubat-ubatan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah dan mereka yang diberi kebenaran seperti jururawat tetapi atas arahan doktor. Tapi botox di Malaysia, pengusaha salun kecantikan pun boleh suntik botox pada pelanggan. Mereka buat secara haram. Ini melanggar peraturan.

Tetapi kebelakangan ini saya lihat kerajaan sudah mula prihatin akan perkara ini. Tapi dalam pada itu, lebih ramai ahli kecantikan ini dari doktor yang menawarkan botox sebab, mereka tidak perlu ikuti kawalan dari segi harga dan juga dari segi kebersihan produk dan keselamatan.

Mereka boleh buat bisnes sesuka hati dengan harga yang lebih rendah. Mereka tidak perlu bayar insurans dan lesen. Orang ramai yang pergi ke salun kecantikan untuk cukur kening misalnya, bila ditawarkan buat botox, dia pun ambil, buat apa susah-susah pergi hospital.

Berapa lama tempoh untuk satu-satu prosedur suntikan dan biasanya ia membabitkan bahagian tubuh yang mana?

Prosedurnya ringkas tanpa membabitkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.

Ada ahli kecantikan ini tidak bertauliah dan tidak dilatih, jadi bagaimana menangani hal ini?

Memang benar. Mereka sekadar tengok doktor buat dan belajar daripada kawan- kawan saja. Jangan fikir tidak ada kesan negatif. Kerana mereka tidak terlatih, kalau suntikan ada masalah, kalau pergi pada otot yang tidak sepatutnya mata boleh jatuh dan bibir senget. Boleh juga berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, kerana itu ia mesti dilakukan dalam kaedah steril untuk mengelak HIV dan Hepatitis misalnya. Bagaimana kalau ahli kecantikan itu menggunakan jarum yang sama dan bahan- bahan yang dicemar? Kerana hendakkan harga murah, muka jadi senget sebelah.

Kalau ia berlaku nak ambil tindakan ke atas mereka pun susah kerana mereka tidak berdaftar?

Masalah orang kita mereka hendak cantik tetapi tidak mahu orang tahu dia menyuntik botox. Kita tidak bercakap secara terbuka tentang kecantikan. Kadang-kadang ambil botox tetapi kata ambil kolagen. Kita kena tahu, botox digunakan untuk kedutan dinamik bagi overactive muscle manakala kolagen untuk kedutan statik.

Bagaimana botox kosmetik ini bertindak ?

Ia disuntik terus ke otot yang berkaitan, misalnya di dahi. Botox bertindak menahan pemindahan dorongan saraf (nerve impulses) terhadap otot yang disuntik. Ia mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan garis-garis halus itu. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang mengakibatkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Harga botox RM800-RM3,000 bergantung pada kawasan dan dos yang diperlukan. Kegunaan botox dari segi perubatan lebih banyak sebenarnya berbanding kecantikan. Dari segi perubatan, kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki, salah satu cara rawatan adalah dengan botox tetapi ia perlu diulang-ulang kerana ia tidak kekal. Paling lama botox bertahan 6 bulan.

Ada kesan sampingan?

Seperti yang saya kata tadi, ada kesannya. Mata jatuh, sakit kepala, sakit perut, rasa macam selesema dan boleh bawa maut jika dos berlebihan.

Satu ketika dulu, ramai yang memilih suntikan Vitamin C sebagai alternatif kecantikan, adakah ia juga punya kebaikan seperti botox?

Vitamin C tidak ada bukti keberkesanannya dan dos yang digunakan terlalu tinggi dan digunakan untuk rawatan penyakit kurang vitamin C. Antara kesan sampingan penggunaan vitamin C termasuk kerosakan buah pinggang. Daripada ambil suntikan vitamin C, lebih baik minum jus oren atau buah-buahan yang mengandung vitamin C dan buat senaman. Itu 50 ribu kali lebih baik dari ambil suntikan vitamin C.

Siapa yang memerlukan botox kosmetik sebenarnya?

Kami hanya tawarkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan, misalnya mereka yang suka berkerut dahi. Dia tidak sedar dia berkerut dahi pun. Botox bukan hanya untuk perempuan tetapi juga lelaki.

Kalau dari sudut perubatan, botox digunakan untuk mereka yang bermata juling atau lazy eye. Ia juga satu rawatan pilihan untuk mereka yang mengalami kekejangan, kanak-ka nak spastik. Tapi kalau tidak ada masalah apa-apa, sekadar hendak mencantikkan wajah, itu terpulang pada individu.

Satu ketika dulu, ramai yang memilih suntikan Vitamin C sebagai alternatif kecantikan, adakah ia juga punya kebaikan seperti botox?

Vitamin C tidak ada bukti keberkesanannya dan dos yang digunakan terlalu tinggi dan digunakan untuk rawatan penyakit kurang vitamin C. Antara kesan sampingan penggunaan vitamin C termasuk kerosakan buah pinggang. Daripada ambil suntikan vitamin C, lebih baik minum jus oren atau buah-buahan yang mengandung vitamin C dan buat senaman. Itu 50 ribu kali lebih baik dari ambil suntikan vitamin C.

Berapa lama tempoh untuk satu-satu prosedur suntikan dan biasanya ia membabitkan bahagian tubuh yang mana?

Prosedurnya ringkas tanpa membabitkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.

Ramai orang berpendapat botox adalah keajaiban untuk kelihatan muda.

Siapa kata ia keajaiban? Kalau keajaiban ia datang dari langit itu mungkin keajaiban. Tapi botox adalah kajian saintifik, ia ditemui menerusi kajian demi kajian dan evolusinya sangat panjang untuk sampai ke tahap begini, ia bukan keajaiban. Manusia sudah tahu tentang kehebatan botox sejak 30 tahun lalu.

Cecair vitamin C tidak pernah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan walaupun penggunaannya dikatakan semakin menular berikutan permintaan tinggi di kalangan individu untuk kelihatan muda.

Katanya, produk popular, termasuk cecair vitamin C yang kononnya dikilangkan oleh firma farmaseutikal terkenal di Switzerland, sebenarnya dikilangkan pihak yang tidak bertanggungjawab

Suntikan vitamin C berisiko batu karang, alahan…..

KUALA LUMPUR: Wanita yang ghairah untuk kelihatan muda dengan mengambil suntikan cecair vitamin C di pusat kecantikan kemungkinan terdedah kepada penyakit batu karang dan alahan yang serius.

Ini kerana vitamin C dalam bentuk cecair tidak pernah didaftarkan dengan Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, walaupun penggunaannya dikatakan semakin menular berikutan permintaan tinggi di kalangan wanita untuk sentiasa kelihatan muda.

Setakat ini, kementerian tidak pernah mendaftarkan mana-mana cecair vitamin C daripada syarikat pengimport atau pengedar kerana produk berkenaan masih baru di negara ini.

Apa yang ditakuti, kandungan cecair vitamin C kemungkinan dicampur dengan raksa yang boleh membawa kesan buruk kepada pengguna dalam jangka panjang, termasuk barah.

Ramai yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan suntikan vitamin C dengan campuran beberapa elemen lain, termasuk kolagen dan plasenta. Ia dikatakan dapat memberi hasil yang lebih cepat dan memberangsangkan.

Ada juga antara pelanggan suntikan vitamin C ini yang berumur awal 20-an. Mengapa mereka mengambilnya? Perlukah pada usia semuda itu? Lainlah jika mereka mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan mereka untuk mengambil vitamin tambahan seperti vitamin C, walaupun sebenarnya banyak lagi kaedah rawatan kesihatan lain yang tidak memerlukan suntikan.

CERITA artis kita suntik vitamin C, bukan perkara baru lagi. Malah, buat botox dan kolagen pun ada. Semuanya untuk kelihatan cantik dan sihat.

Walaupun ada sesetengah artis yang segan untuk mengakui menyuntik vitamin C, Rohana Jalil (Kak Ana) tidak malu-malu melalui proses itu. Seperti yang CAK katakan tadi, suntikan itu untuk menambah vitamin yang makin berkurangan di dalam badan. Maklumlah usia makin meningkat.

“Apa salahnya kita gunakan kelebihan teknologi hari ini untuk kesihatan kita,”? kata Kak Ana yang kelihatan muda biarpun usia menjangkau 49 tahun.

Sebagai artis, penampilan kena jaga. Tambahan, Kak Ana yang masih laris dengan tawaran persembahan di sana sini.

CAK ternampak juga teman Kak Ana, Tushee yang juga makin cantik. Ketara perubahan penampilan wajahnya. Mungkin ikut jejak langkah Kak Ana kut?

Sumber: Email Forward

Posted on August 6, 2008, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. salam,sy nak tanya sket,klu nak suntik kolagen kt dagu utk kasi nampak pjg sket btul ke boleh?ada efect x?mahal x?& skali suntik b’thn brapa lama?kt mana bleh wat klu kt sblh utara?

  2. apa produk ini bisa digunakan untuk semua kalangan ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: