Gerakan Pelajar Malaysia Di Mesir


Oleh : Tulisan Ateef Magdy Oktober 2004

Sejarah gerakan pelajar Malaysia di Mesir mula berubah dengan penubuhan Nadi (Kelab UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM) di penghujung tahun 1982.

Manakala pada awal 90 an pula lahirnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir yang ditubuhkan pada
penghujung 1991, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan IRC atau ALAMI.

Seterusnya di antara tahun 2000-2003 beberapa persatuan pelajar telah ditubuhkan seperti Nadwah
Ulama` dan Ilmuan Muda Islam Malaysia (NUIIM) , Majlis Azhari Lil-Tafaqquh Fi Din (MALTAF), Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PPPM), Badan Kebajikan Puteri Malaysia Mesir (PUTERI).

Penubuhan Badan-Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) pula adalah mengikut kenegerian pelajar yang berasal dan bermastautin di Malaysia, seperti pelajar Malaysia yang berasal dari Kelantan secara automatik berdaftar di Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Ini menunjukkan setiap pelajar menjadi dua keahlian iaitu BAKAN dan PMRAM. BAKAN di Mesir pada asalnya adalah secara langsung bernaung di bawah menteri-menteri besar negeri di Malaysia dan manakala di Mesir bernaung di bawah PMRAM .

Sehingga kini , kesemua BKAN-BKAN di Mesir masih bernaung di bawah PMRAM kecuali Badan Kebajikan (BKAN) Melaka,Negeri Sembilan , Sabah,Sarawak dan  Kedah.

Di era 2004 pula ,Penulis melihat penubuhan Badan Anak Selangor (BAS) yang dipecahkan dari Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM) dan Badan Anak Johor (BAJ) yang dipecahkan dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) untuk berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah.BKASM dan BKAJ masih terus kekal di bawah naungan PMRAM di Mesir.

Perpecahan ini menunjukkan kekuasaan PMRAM semakin kehilangan taringnya di Mesir sehinggakan dalam
Persidangan PMRAM baru-baru ini dengan lantangnya agar BAKAN Kedah , Melaka dan Negeri Sembilan yang telah berdaftar dengan Kedutaan agar menarik balik pendaftaranya.

Penulis berpendapat, sebagai NGO Mesir , maka PMRAM mesilah mematuhi peraturan NGO Mesir dan setahu penulis mana-mana NGO Mesir disyaratkan tidak berhak mencampuri urusan orang lain atau persatuan lain, lebih-lebih lagi persatuan yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri masing-masing.

Menurut Prof.Madya Dr.Mohammad Redzuan Othman dari Jabatan Sejarah Universiti Malaysia semasa
membentangkan kertas kerjanya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada 29 Semptember 2004 dan juga di Department Studies Malaysia, Cairo University mengatakan bahawa PMRAM telah menyembunyikan beberapa fakta-fakta sejarah kedatangan rumpun Melayu di Mesir dan gerakan Mahasiswa Malaysia di Mesir dari akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 kepentingan Mesir kepada masyarakat Melayu berkaitan dengan industri percetakan buku  salah sebuah penerbit buku yang paling aktif dalam kegiatan menerbitkan buku-buku agama dalam tulisan jawi ialah Mustafa Al-Halabi.Sebuah lagi penerbit yang juga aktif menerbitkan buku-buku melayu ialah Dar Ihya` Al-Kutub Al-Arabiyah yang dimiliki oleh Isa Al-Halabi iaitu saudara Mustafa Al-Halabi.

Maka lahirnya Pembentukan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Talabiyyah Al-Azhariyah Al-Jawah pada tahun 1923
yang bermotifkan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di Kaherah.Presiden pertamanya ialah Djanan Taib.Tumpuan utama persatuan ini memberi kebajikan walaupun telah wujud kesedaran
politik sejak awal, namun kegiatan politik pelajar-pelajar Melayu di Mesir hanya mengalami perkembangan yang semakin menggalakkan selepas penubuhan al-Jamciyyah al-Khairiyyah pada tahun 1923.

Walaupun tujuan asas penubuhan al-Jamciyyah al-Khairiyyah adalah bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di Kaherah, namun penubuhannya juga tidak dapat lari daripada motif politik sebagaimana yang ditegaskan oleh presidennya yang pertama, Djanan Taib. Dalam ucapan ketika berada di Makkah Djanan Taib menegaskan asas politik al-Jamciyyah al-Khairiyyah, iaitu bagi menyatukan umat Melayu dalam satu persahabatan untuk kebaikan dan berusaha ke arah kebebasan dalam ertikata yang sebenarnya.

Penulis sempat juga mengkaji tentang penempatan terawal seperti pelajar Johor di Syarie Abidin Ataba,
Kaherah dan pelajar Kedah di Medan Giesh Abasia, Kota Kaherah yang berhampiran dengan Masjid Al-Azhar atau Universiti Al-Azhar kira-kira 2 KM kedua-dua tempat tersebut masih lagi diduduki oleh pelajar kita.

Pada Oktober 1925 dengan Al-Jamiyyah Al-Khariyah menerbitkan Seruan Azhar dengan Djanan Taib dilantik
sebagai Ketua Editor, Fathul Rahman Kafrawy sebagai pengarah dan pengarang-pengarang yang terdiri daripada Ilyas Ya`acob dan Abdul Wahab Abdullah.Seorang lagi pengarangnya ialah Mahmud Yunus yang menulis rencana pengarangnya yang pertama. Pentadbirannya diletakkan di bawah Haji Othman Abdullah yang membiayai penerbitan akhbar ini dengan wang yang dihantar oleh ayahnya.

In his editorial,Othman Abdullah wrote that the journal  was named Seruan Azhar (call of the Azhar)
because its aim was to call for awareness and it was published by Malay Students who were studying at
Al-Azhar University, a well-know institution attendend by student from all over the world.

Seruan Azhar ceased publication in May 1928 after publishing altogether thirty one issues.No specific
reason was mentioned for its sudden demise.Most likely reasons were.-finanancial constrain-ideological
differences-shortage og manpower-restriction by colonial autorities.

Pada bulan Oktober 1927 akhbar Pilehan Timour telah diterbitkan tetapi diharamkan pengedarannya di Hindia Timur Belanda.Pada bulan April 1928 pentadbir British tunduk kepada tekanan Belanda apabila bertindak mengharamkan penerbitan Pilehan Timour di bumi Mesir.Sebelum menamatkan penerbitan masing-masing Pilehan Timour dan Seruan Al-Azhar merupakan akhbar yang paling popular dengan wakil jualannya terdapat di Sumatra, Jawa, Borneo dan hampir kesemua negeri di tanah Melayu.

Di samping menerbitkan akhbar dengan mewujudkan kemudahan di Kaherah, pelajar Melayu juga memiliki
syarikat mereka sendiri.Penerbitan Melayu yang pertama diwujudkan di Kaherah ialah Al-Matbaah
Al-Ittiqdiyahyang di asaskan oleh Fadlullah Muhammad pada tahun 1914.Pencetak dan penerbit Melayu yang paling berjaya ialah Al-Matba`ah Al-Marbawiyah yang diusahakan oleh Muhammad Idris al-Marbawi pada tahun 1927.

Pada tahun 1927 juga terdapat sebuah penerbitan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Melayu iaitu Matbaah Al-Taqaddum kegiatan penerbit ini yang utama ialah menerbitkan akhbar Pilehan Timour.

Sumbangan kepada negara dari segi pendidikan penubuhkan madrasah dengan pendekatan moden dan
membantu dalam menyebarkan kesedaran dalam masyarakat Melayu.Penubuhan madrasah atau pondok berasaskan harta wakaf.

Dari segi penerbitan terlibat dalam dunia persuratkhabaran seperti Bahtra,Bumiputra, Saudara dan
lain-lain.Peranan tokoh-tokoh seperti Idris Al-Marbawi, Mahmud Yunus dan Yusuf Zaki Yaakob sebenarnya telah memberi sumbangan besar dalam terjemahan kamus ,tafsir dan kitab-kitab Arab yang
masih digunapakai dan rujukan oleh mahasiswa.

Manakala dari segi pentadbiran pula, lepasan Universiti Al-Azhar pada tahun 1950an,1960an dan
1970an terlibat dalam politik dan pentadbiran Malaysia.Terlibat sebagai tenaga pensyarah di
Universiti tempatan dan guru-guru di sekolah-sekolah agama di Malaysia.

Tulisan dalam seruan Al-Azhar sering menyeru supaya para Ulama memainkan peranan mendidik
masyarakat.Menyeru masyarakat supaya berjuang membebaskan diri daripada penjajahan yang secara
berterusan memperbodohkan mereka.Dalam sejarah dan perkembangan negara Azhari terbukti telah memainkan peranan dalam mencetuskan kesedaran masyarakat mendahului pelajar-pelajar Melayu yang belajar di tempat-tempat lain.Walaupun dengan yang berbeza mengikut keadaan masa,namum Azhari terus menjadi penyumbang utama dalam membawa kesedaran dalam masyarakat.

Dengan penyembunyian fakta-fakta sejarah yang ditelan zaman mereka hebat `membakar api` dalam mempertahankan ARMA kepada generasi sekitar tahun 90an, mereka hanya mendapati fakta Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang kini dikenali sebagai Dewan Malaysia Abbasiah
Kaherah (DMAK).

Posted on August 4, 2008, in Alam Mahasiswa and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment