Posted by: Madu Lebah on: October 27, 2007
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) membantah keputusan kerajaan membenarkan membenarkan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, mengadakan perkhidmatan ke Singapura.
Setiauasaha Eksekutif MASEU Mustafar Maarof berkata keputusan itu turut memberikan dua hak pendaratan kepada syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Tiger Airways dari Singapura ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL setiap hari.
“Secara tidak langsung, ia memberikan hak [...]
Posted by: Madu Lebah on: October 26, 2007
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa perintah mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 terhadapnya pada 22 Oktober lalu adalah tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan dari segi undang-undang.
Dokumen tersebut diserahkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepadanya yang mengarahkan supaya menyerahkan versi [...]
Posted by: Madu Lebah on: October 25, 2007
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Harga minyak mentah global melantun semula menghampir paras AS$89 (RM298) setong di New York ekoran laporan penurunan luar jangkaan import komoditi oleh Amerika Syarikat (AS) itu sejak Mac lalu.
Peniaga berkata, penurunan eksport itu telah menyebabkan penurunan luar jangkaan simpanan minyak AS, justeru melonjakkan harga komoditi tersebut.
Harga minyak mentah berkualiti tinggi [...]
Posted by: Madu Lebah on: October 24, 2007
WASHINGTON 23 Okt. – Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz meraih penarafan “A” bagi tahun kelima berturut-turut dalam satu laporan prestasi kewangan gabenor-gabenor bank dari seluruh dunia yang diberikan oleh majalah Global Finance.
“Malaysia nampaknya telah berjaya mengatasi kegawatan kewangan serantau dan dunia tahun ini, dan seperti biasa pengurusan dasar monetari oleh [...]
Posted by: Madu Lebah on: October 23, 2007
Pengasas Genting Bhd “Raja Kasino” Tan Sri Lim Goh Tong yang meninggal dunia hari ini. Mendiang telah membangunkan kawasan atas bukit yang kini dikenali sebagai Genting Highlands Resort dalam 1965, dengan membina sebuah pusat peranginan berkelas dunia.
Lim telah merubah kompleks perjudian dan hiburan atas bukit itu untuk menjadi satu kawasan bernilai berbilion ringgit. Mendiang memulakan [...]
Recent Comments