Jenazah pelajar ditikam tiba di KLIA
Jenazah diiringi Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar Terengganu di Mesir, Mat Ropi Busu dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat Egypt Air dan tiba tepat jam 9.10 malam.
Abang mangsa, Hassan Ishak, 28, berkata jenazah adiknya
dijangka tiba di kampung asal mereka di Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering di Terengganu jam 6 pagi ini.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut di Chendering, pagi ini.
“Semua barang kepunyaan arwah adik saya dibawa pulang sekali termasuk pakaian dan kitab pengajiannya,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Hassan yang juga lepasan universiti sama dalam bidang
Usuluddin dan Dakwah bersama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Noh tiba dari Terengganu, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia) Rabu lalu, Mohammad mati selepas dipukul dan ditikam lebih 10 kali di rumahnya oleh rakan yang dipercayai mengalami tekanan mental.
Sementara itu, Dr Hashim Azmi berkata, beliau bersyukur kerana jenazah mangsa dapat dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Terengganu.
“Dalam hal ini, kita tidak membeza-bezakan sama ada pelajar itu di bawah tajaan Yayasan Terengganu atau tidak, tetapi ini adalah tanggungjawab kami,” katanya.Sumber www.bharian.com.my dan berita tv3
Al-Fatihah Semoga Allah Mencucuri Rohnya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Posted on June 17, 2007, in Alam Mahasiswa. Bookmark the permalink. 1 Comment.

al fatihah buat adikku..smga b,ada dklngan golongan yg b,iman..amin