Apa itu Torrent ?


LinkToTheInter.net

Bit torrent adalah sejenis protocol untuk pemindahan fail. Bit torrent client adalah applikasi yang menggunakan protocol tersebut. Kita boleh menggunakan Bittorrent untuk share dan download apa saja file yang dikehendaki.

Mengikut definisi adalah seperti berikut :-

-BitTorrent is a peer-to-peer (P2P)

-BitTorrent Client like utorrent, bitcomet, azeurus ect.

-Torrent is a small file which contains metadata about the files to be shared, and about the tracker, the computer that coordinates the file distribution. Peers that want to download the file first obtain a torrent file for it, and connect to the specified tracker which tells them from which other peers to download the pieces of the file.

-Torrent adalah file manakala Bittorent itu adalah client

Saya masih tak faham ?

Terangkan secara ringkas !

Secara ringkasnya..Ia adalah sebagai sofware untuk menerima dan menghantar file dengan lebih cepat berdasarkan perkongsian bersama.

Pertama-tama sekali, kita memerlukan bittorent client untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh protocol yang disediakan oleh bittorrent. Download sofware ini terlebih dahalu http://www.utorrent.com

Apakah bahasa yang perlu diketahui dalam norrent menorrent ni ?

Bahasa Bittorent

Seterusnya anda perlu tahu beberapa terminology yang selalu digunakan:

-Seeder = Seeder adalah orang/user yang mempunyai file yang complete dlm pc nya tetapi tidak semestinya seorang Uploader

-Uploader = Orang yang upload torrent file ke web… selalunya dia yang menjadi Seeder yang pertama.

-Leecher = Orang yang tidak mempunyai file yang complete (juga dikenali sebagai PEER). Leecher akan download file dari seeder (dan juga akan upload “piece” file yg dia ada kepada peer/leecher lain yg tidak mempunyai piece tersebut)

-Tracker = engine@script yang “keep track” sesiapa yang ada (seed/leech) apa dan piece file apa yang member tu ada.

-Swarm = kumpulan computer yang terlibat dengan activiti satu torrent tertentu.

-Ratio = Jumlah Total yang anda Upload/Total yang anda Download. Juga dipanggil stats.

-Client = program/software yang digunakan untuk download Bit Torrent.

Macam Mana Torrent Berfungsi?

Program P2P selain dari torrent berfungsi sperti berikut. Katakan kita ada satu file yg saya nak cari…. So saya terpaksa beratur dibelakang org depan saya utk dapatkan file tersebut sehinggalah sampai giliran saya utk download file tersebut. So, jika barisan tu panjang saya kena beratur lama utk dapatkan file tersebut.

Apa kelebihan?

Tapi yang bestnya torrent neh, cara dia bekerja dengan menggunakan kaedah yang berbeza:

Utk memahami dgn cara yg senang bagaimana torrent berfungsi, cuba bayangkan aku ada buku, 100 mukasurat, dan 10 orang nak baca/copy buku tersebut secara serentak. So aku akan bahagi kepada setiap orang 10 mukasurat utk depa baca/copy, dan bila depa dah baca/copy, depa akan pass mukasurat yang dah dibaca/copy kepada org lain, dan dia akan amik mukasurat yang dia belum ada dari orang lain.

So masa tu, aku boleh tinggalkan buku tersebut dan biarkan depa baca/copy utk sesama mereka sehinggalah setiap orang mempunyai sebuah bulu yang complete.

So samalah jugak konsepnya dengan file yg korang share melalui torrent. File yang dikongsi akan dibahagikan kepada pieces yang kecik2, dan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan keep track sapa yang ada pieces tersebut, dan sesiapa yang belum ada pieces tersebut sehinggalah semua pieces tadi berkumpul menjadi satu file yang lengkap didalam pc kita.

Aku dah install Client, pastu nak Buat apa?

So, utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah terlebih dahulu donlod .torrent files (saiz nya kecik, hanya bebrapa Kb). File .Torrent neh mengandungi informasi-informasi berkennaan dengan file yang dikongsi, berapa pieces file tersebut dipecahkan, dan tracker apa yang announce.
So utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah bukak .torrent file neh dlm client supaya file tersebut didonlod. Utk dapatkan file neh, kena lah ada SEEDER, kalu tak donlod korang tak jalan.

Download akan bertambah cepat jika ramai SEEDER dan sedikit PEER, dan akan jadi lambat jika ramai PEER tapi SEEDER kurang.

QUOTE

(Sebab tu penting bg korang yang berhati perut utk seed file, supaya member2 lain leh donlod file tersebut dari pc korang, seperti mana korang dapatkan file tersebut dari seeder asal yang baik hati korbankan masa, tenaga dia nak bagi share file dia bagi korang sedut (leech) file tuh dari pc dia)

Apa kelebihannya berbanding ngan network P2P lain

Kelebihan utama torrent adalah kerana sifatnya yang Versatile. Disebabkan oleh Bit Torrent hanyalah satu protocol/kaedah utk kongsi file, tak akan ada restriction terhadap jenis2 file yang boleh dikongsi.

Perbezaan yg ketara berbanding dengan network p2p lain adalah:

a.Korang tak perlu bagi kesemua bahagian (pieces) file korang kepada setiap orang yg nakkan file tersebut. Korang boleh bagi sedikit shj kepada setiap orang dan depa akan share ramai2… mcm contoh buku tadi.

b.Bila korang start bagi sikit bahagian tersebut, availability pieces tersbut jugak akan bertambah, sebab setiap orang juga boleh share bahagian tersebut kepada org lain… dan seterusnya. So bila banyak org share bahagian-bahagian tertentu, speed torent juga akan bertambah, dan lagi ramai orang berminat utk dapatkan file tersebut. Ini berlainan dengan konsep network p2p lain yg mana korang terpaksa beratur panjang nak dpatkan file tersebut.

Untuk difikir-fikirkan

UNTUK MEMASTIKAN TORRENT FILE TU TERUS HIDUP DAN MEMBOLEHKAN MEMBER LAIN DAPATKAN FILE YANG DIKONGSI TU, PASTIKAN UTK TERUS SEED FILE TERSEBUT SEHINGGA LAH RATIO KAT CLIENT UTK FILE TERSEBUT PALING-PALING KURANG PUN 1:1

Caranya senang: jangan buang torrent file kat client tu setelah korang habis donlod. Dan pastikan file tu terus jalan, walaupun donlod korang dah complete.

Kalu nak jadi member komuniti yang bagus lagi, jangan buang torrent tersebut walaupun tak dak orang nak donlod file tersebut. Mungkin, member-member yang register baru juga berminat nakkan file tersebut. So dari situ, korang boleh terus seed sahaja.

belajarforexmarketiva

NOTA: Seboleh-bolehnya sebuah komuniti torrent tak nak ban user, tapi kalu korang tak berhati perut, dan pentingkan diri sendiri, pihak pengurusan terpaksa ambil tindakan kerana kami merasakan korang takleh jadi member komuniti yang bagus, sesuai dengan spirit konsep Bit Torrent.

Sama-samalah kita jadi member yang bertanggungjawab, dan mengukuhkan lagi komuniti torrent kat sini.


Juga, sekali sekala ucaplah terima kasih kepada uploader jika korang dapati file yang depa upload tu memang berguna utk korang.

Semoga dengan ucapan korang, uplaoder bertambah semangat utk berusaha utk cari file2 yang bermutu bagi dikongsi kepada member-member yang tak tahu mana nak cari file-file tersebut. Ada ruangan komen kat page torrent detail tu utk tujuan ini. Nak taip ucapan terima kasih ni, tak amik masa yg panjang dan tak payah pun, dan tak effect kat masa korang nak siapkan file yang di donlod tuh. Sesungguhnya uploader neh, mmg tak dapat faedah pun dari file yg depa upload, tapi oleh kerana sayangnya depa kat komniti neh, sanggup upload/seed file berhari-hari tanpa off pc.

Pastikan anda mempunyai email selain daripada email-email free.Sekiranya anda perlukan bantuan dari kami jom join KLIK DISINI

LinkToTheInter.net

About these ads

Posted on April 29, 2007, in Dunia Yang Berkait. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. klu file kite dah besar nok wat guano tu be?kene delete jugok tu…:)

  2. Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan ‘bandwidth’ pengguna yang lain.

    Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara ‘online’.

    Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak ‘bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan ‘surfing’ mahupun ‘chatting’. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi ‘bandwidth’.

    Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah ‘link’ adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.

    Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, ‘web browsing’ mahupun ‘video streaming’.

    TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti ‘bandwidth’ untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.

    Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web http://www.tm.net.my dan klik “Need Help? Contact our Customer Service”.

    Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.Sumber Muhammad Jamil Customer Support TMNET.www.tm.net.my

  1. Pingback: Darah Satria « Lakaran Seorang Pedagang Internet

  2. Pingback: The Life Blog Of Hairul » Blog Archive » Mungkin.. Satu Hari.. Kita Berjumpa Kembali.. If I”m the LUCKY One!..#

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: