Akademi Terbuka The One

Bagaimana Melajukan PC Dan Internet ?

Posted by: Madu Lebah on: November 1, 2008

Lama xbuat tutorial rasanya pas melihat rintihan warga jiwang di seksyen Computer & Internet, aku akan beri panduan cam ner nk melajukan komputer (PC) anda dan juga tuk melajukan Internet bagi memudahkan anda melakukan kerja harian ngan senang dan cepat.

Dalam panduan nie ia terbahagi kepada 2 peringkat:

1. Menggunakan windows build-in softwares (Iaitu software yg dtg ngan windows anda)
2. Software 3rd party (Iaitu antara software2, demo, shareware, trialware dan freeware)

A: Software Windows:

1. Disk Cleanup
2. Disk Defragmenter

Aku mulakan ngan 2 build-in software yg ader dlm windows anda tuk peringkat pertama.

1. Disk Cleanup

i). Aper tu disk cleanup? Leh anda rujuk sini dan ikut kaedah cam ner nk access disk cleanup:

Cam ner nk guna disk Cleanup secara efficient? Begini caranya:

IPB Image

ii). Pas anda habis bersihkan pc, RESTART pc anda.

2. Disk Defragmenter

i). Aper tu disk defragmenter? Leh anda rujuk sinie dan ikut kaedah cam ner nk access dan clean.

CODE
http://support.microsoft.com/kb/314848

ii). Cam ner nk guna disk Cleanup secara efficient? Begini caranya:

IPB Image

IPB Image

IPB Image

iii). Pas anda buat, sila restart pc buat kali pertama. Bila anda dah buat kali pertama anda dinasihatkan buat kali kedua dan kali ketiga bagi mengoptimumkan prestasi HDD anda. Walaupun anda menerima kotak dialog cam dlm gambar ketiga diatas, dinasihatkan ignore tuk kali kedua dan ketiga.

iv). Restart pc anda pas abis defragmenting.

v). Kedua software diatas tuk membersihkan dan optimumkan HDD anda supaya read+write access lancar dan tanpa lagging biler access sesuatu file/folder.

B). Software 3rd Party iaitu perisian yg bukan dari windows.

3. TuneUp utilities 2008
4. System Mechanic 7.5.9.1
5. Cfos Speed 4.21
6. TCPIP Patcher
7. Raxco Perfect Disk 2008

5 software diatas lak agak complicated tuk aku bincangkan disini sbb image yg byk xleh aku post dlm satu topic. Tapi secara ringkas aku akan beri panduan cam ner nk guna kelima software diatas.

3. TuneUp utilities 2008 – Amat user friendly dan senang nk guna, tuk optimumkan prestasi anda leh rujuk tutorial aku mengenai tuneup utilities 2006 kat sini:
http://forum.jiwang.org/panduan-Cam-Ner-Nk-Configure-Tuneup-Utilities-2006-t5262.html

i). Kaedahnya sama jer cuma GUI jer lain, rajun rajin laa belek setiap fungsi yg ader dlm versi baru nie.

ii). Pas buat sila restart pc anda.

4. System Mechanic – Satu software sejak lama versi 3.6 aku gunakan sehingga versi skrang yg dah masuk versi 7.59.1. Software nie cukup berkuasa tuk buat segala tweak dan optimization atas sesuatu pc.

i). Cara nk buat, Gunakan analyzer dan buat Total Optimization seterusnya restart pc.

ii). Tuk abiskan Total Optimization sekurang kurangnya 2 Jam diperlukan bergantung gak ngan kelajuan pc anda dan RAM yg anda ader. Ia juga bergantung pd seteruk maner HDD anda ader system clutter yg byk.

iii). Jadi tuk menggunakan total optimization nie, anda digalakkan tutup AV/IS anda, dan sume background application yg running kat system tray. Dan buat pd waktu anda tidak menggunakan computer.

iv). Pas buat, sila Restart pc anda. Anda 100% leh tgk peningkatan prestasi kelajuan pc anda.

5. Cfos Speed - Software nie lak tuk optimumkan penggunaan internet anda. Maksudnya download/upload anda dpt diguna penuh ngan menggunakan software nie.

i). Cara nk guna, senang jer, install dan biar ia dlm keadaan default.

ii). Jika anda nk, katakan cam aku laa, aku guna download dan upload yg byk pd masa serentak. Download movies guna IDM (Internet Download Manager) dan pd masa yg sama mengUPLOAD benda atau streaming video dari internet secara live contoh cam Youtube. Jd, tuk jalankan sume tu serentak, aku perlu berikan perhatian pd sesuatu software.

iii) Dlm konteks nie, IDM aku jadikan priority tinggi dan HTTP request tinggi dan Streaming media tinggi dlm settings Cfos nie. Tuk access settings amat mudah right click icon kat system tray dan masuk options tuk configure aper benda korang nk utlitise dahulu.

iv) Jika dah set sume ngan betul pasti connection internet anda TIDAK terganggu jika anda download dan stream pd masa yg sama. Cth ader kala org download dari IDM pas tu kata loading website lembap laa, jadi dlm keadaan nie, Cfos memainkan peranan tuk optimize sume process yg berkaitan ngan download/upload yg berlaku dlm pc anda.

6. TCPIP Patcher – Aper lak benda nie? Ia digunakan tuk patch TCPIP limit yg default pd system windows yg defaultnya ialah 10 con-current connection. Patcher nie digunakan tuk bypass 10 connection ker baper byk connection yg anda nk. Lebih tinggi nilai lebih cepat connection sbb byk port leh dibuka ngan nilai yg tinggi.

i). Cam ner nk gunakan nie? Download secara direct dari sini:

ii) Cam ner nk install? senang jer, double click file EXE dan satu kotak itam akan muncul, pilih baper conenction yg anda nk ubah. Katakan laa, cam aku, aku guna 70,000 connection dlm windows vista sp1. Anda leh letak nilai cam 50,000 atau 10,000 atau even 1,000. Tp nilai connection mesti xleh 70,000.

iii). Pas anda masukkan nilai sila restart pc dan jika anda dpt kotak attention menyatakan tuk masukkan cd windows, anda tekan cancel dan teruskan ngan execute command tersebut.

iv) Patcher nie byk membantu dlm dunia torrent.

PS: Link patcher diatas KHUSUSNYA tuk windows XP, XP2, XP3. BUKAN tuk VISTA. Tuk vista aku akan beri panduan lain sbb bukan sajer patcher yg perlu tp ader byk lg setting dlm Vista perlu ubah. Aku akan wujudkan topic berasingkan ttg patcher nie kemudian khasnya tuk Vista.

7. Raxco Perfect Disk 2008 – Software yg paling efficent tuk defrag HDD. Gunakan software nie pas menggunakan 6 software diatas. Software nie adelah yg terakhir anda gunakan dlm topic nie.

i). Edisi 2008 perfect disk ader byk perubahan, dikategorikan dlm 3 peringkat, SmatPlacement, Consolidate Free Space dan Defrag Only.

ii). Pas install, click pilihan SmatPlacement dan analyze seterusnya defragment. Pas abis restart pc.

ii). Diikuti ngan Consolidate Free space dan analyze seterusnya defragment. Pas abis restart pc.

iv) Defrag Only tu anda leh buat pas seminggu.

Tu laa dier secara ringkas 7 software yg leh melajukan pc anda dan melajukan @ mengoptimumkan prestasi internet anda.

Jika ada soklan sila post aper yg anda rasa lom paham dan aku akan cuba bantu anda sebaik mungkin.

Lupa satu benda….Sebelum menggunakan 7 software tu, anda perlu update windows anda menggunakan Microsoft Windows Update. Pilih sume update dari Critical, Optional. TAPI jika ader update dari Hardware pastikan anda berwaspada tuk update, kekadang update hardware ialah dari Microsoft sendiri dan selalunya akan suah update driver graphic anda. Pastikan enable system restore dahulu sebelom buat update tersebut.

Tips: Modus Operandi Penipuan Dalam MLM

Posted by: Madu Lebah on: October 1, 2008

Di sini antara modus operandi ataupun taktik2 yang digunakan dalam perniagaan Multilevel Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM.

1. Menunjukkan kekayaan sendiri lah kononnya…pakai BMW dlm masa setahun.. mercedes mata belalang berharga setengah juta dlm masa setahun…

2. Pakai smart.. coat yg cantik.. kasut kilat2… pakai spek konon2 intelek..

3. Pastu cari statement dari 2-3 org (biasanya kroni gak) konon2 power MLM/atau apa2 program yg dia masuk tu…

Macam SwissCash dan juga program2 epoints yg populor awal tahun dulu… mcm tu la dia punya marketing.. so, tak perlulah percaya la….aku pun dulu pernah terkena~cakap mereka amat manis dan terpukau~so,bagi yang muda2 ni beringatlah jangan cepat kelabu mata..huhuhu

Beberapa perkara secara umum sebelum anda berkecimpung dalam dunia ubuntu atau dunia linux~

1- Pastikan anda berminat dengan skill try n error. Ini penting kerana adakalanya setting yg dibuat tak menjadi(error).

2- Jika boleh pastikan anda tak berminat(menyampah) dengan windows & kaum kerabat. Senang kata semua yg berbayar & banyak digunakan.

3- Pastikan network pada suasana kerja/rumah anda mengizinkan. Segala update hanya boleh dilakukan dengan line internet sahaja.

4- Jika anda taksub dengan satu software sahaja, Ubuntu mungkin tak sesuai untuk anda. Sepanjang pengalaman saya anda takkan menjumpai Eudora, Incredible Mail, WM player, Office Suite & segala perisian berbayar di dalam Windows dlm Ubuntu

5- Walaupun Ubuntu Hardy Heron menjadi semakin friendly(klik n drag), dos prompt masih mendominasi OS ini. Pastikan anda tak fobia dengan command prompt.

Tapi sekarang ni tak susah dah nak install ubuntu anda boleh menggunakan sistem wubi boleh ikuti tutorial kat sini http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=9&t=459&sid=6bc9e9b7ce2622288297b07219040c5f

So.ia akan jadi 2 boot linux ubuntu dan windows~aku pun pakai 2 boot juga skrg ni~

Mission Ku Complete Jua Akhirnya

Posted by: Madu Lebah on: August 21, 2008

Ok semalam aku mencoret dan mencari2 bagaimana untuk install metatrader atau meta4 di ubuntu walaupun melalui wine..akhirnya aku gembira hari ini kerana dapat menjalankan ku meta4 untuk trading FOREX…sebelum ni avafx je dapat kini aku dpt 2 broker..cuma marketiva je tak dapat huhuh..kat ubuntu ini huhuhuhu sebelum ni aku dah servey cam ner tapi aku gagal nak lakukan akhirnya kebetulan tadi aku buat duo boot ubuntu dan windows crystal..hardisk 40G ni aku bahagi 20G utk ubuntu dan 20G untuk windows..tak dpt buat kat terminal dengan taip command tu aku terus jer copy dari file di windows terus masuk ke wine/windows huhuhu apapun semua kerja aku leh buat 100% kat ubuntu..

Tadi aku format hardisk 40G ni mula2 install windows crystal pastu install ubuntu jadi duo boot huhuhu aku sekarang ni bukan nak pakai sangat windows aku dah menyampah ngan spyware dan virus yang menganggu kerja ku jua~aku beralih angin ke linux..dan nak kenal,belajar dan tahu program di ubuntu~aku servey2 ubuntume atau ubuntu muslim pun menarik gak adeees cam ne nak convert masih dalam pencarian~

Cara yang aku buat untuk install meta4 kat ubuntu melalui wine kemudian aku copy semua fonts dari drive windows yang aku setup di drive khusus untuk windows pastu buka folder wine aku paste kat folder fonts dan file mfc4 ke /WINDOWS/system32/ dalam wine..tade lah susah kalau tak faham tinggalkan komen atau di shoutbox yerk huhuhuhu

Broker yang cadangkan adalah FXOPEN happy trading~

Anda perlu tahu untuk membuat duo boot~

Sekiranya anda menggunakan Ubuntu 8.04 desktop CD mase kat disk partition phase pilih ‘manual partitioning’

buat sekurang2nya 2 partition nie

/ <– mesti ada:root tree folder
/swap <– mesti ada:swap file partition
/home <– optional:untuk dokumen anda jika anda melakukan proses reinstallation linux partition ini sudah di asingkan

kemudian ubuntu akan install GRUB di Master Boot Record (MBR) di HDD C:\ @ sda1
tetapi akan merujuk kepada fail bootloader di E:\ @ sdb1

dalam Linux tiada folder yang di panggil C,D,E tetapi menggunakan istilah
sd*1

contohnya:
sda1 = partition pertama dalam HD pertama
sda5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD pertama
sda6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD pertama
sdb1 = partition pertama dalam HD kedua
sdb5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD kedua
sdb6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD kedua

p/s: jika tidak berjaya saya nasihatkan anda buat sekali lagi kerana GUI manual partitioning dalam Ubuntu masih baru dan masih ada bug yang perlu di perbaiki

YAYASAN PAHANG DIPERALAT OLEH UMNO Di Mesir ?

Posted by: Madu Lebah on: August 20, 2008

Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya. Dalawatan saya ke Mesir baru – baru ini dapat mendengar sendiri bagaimana keluhan dan rasa kesal para pelajar negeri Pahang apabila melihat bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di bangunan Haiyu Asyir milik Yayasan Pahang di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.

Adalah tidak wajar harta rakyat diguna untuk kepentingan sebuah parti politik. “Umno sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk membiayai pengurusan Kelabnya, kenapa menggunakan kemudahan milik rakyat,” Para pelajar mempunyai bukti dan asas yang kukuh mengenai dakwaannya itu, dan mahu pihak Umno memberi jawapan mengapa harta rakyat diguna untuk tujuan politik kepartian.

Dewan Pemuda PAS Pahang akan menimbang perkara ini untuk membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). “ Saya diberitahu bahawa mereka menjadi Rumah Pahang seperti Markaz Umno, manakala pegawai Yayasan pula terlibat menjadi pengedar borang keahlian Umno kepada para pelajar,” . Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar tidak dibenar berpolitik tetapi kenapa pula mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian Umno kepada pelajar.

Sepanjang lawatan saya ke Mesir , saya mendapati ujudnya beberapa perkara yang kurang menyenangkan, antaranya pihak pengurusan (wakil Yayasan Pahang di Mesir ) mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang. Ini berlaku kononya pelajar Pahang yang disisihkan itu cenderong menyokong PAS, manakala pelajar luar Pahang adalah penyokong Umno yang datang dari Johor, Selangor dan negeri-negeri lain.

Begitu juga isu kebajikan pelajar dimana ada pelajar yang layak menerima bantuan dinafikan atas isu-isu yang mengelirukan ( biasanya atas alasan politik). Bantuan (wang zakat) kepada pelajar Pahang lebih kecil (antara 2,000 hingga 4,000 ringgit) berbanding bantuan sama diterima pelajar dari negeri-negeri lain seperti Selangor, Terengganu dan sebagainya yang berjumlah diantara (5,000 – 6,000 ringgit setahun).

Sumber: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Pedagang Internet

 

July 2009
S S M T W T F
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Analisis Ranking

My Popularity (by popuri.us)

RSS Penagih Ilmu

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Pedagang Internet

Lebah Wordpress

Pelayar Setia Anda

Live Support !

Lakaran Pedagang Internet

Blog Stats

  • 72,789 hits